Sunday, 12 May 2013

CARA MENGATASI


Setiap penyakit yang didatangkan Allah ada ubat kecuali sakit tua dan mati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


           "Mereka bertanya: Wahai RAsulullah, apakah kami berubat?
           Rasulullah menjawab: Ya, wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali sakit tua dan mati"
(Riwayat Abu Sunnah)

Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Selain itu, banyak lagi cara-cara untuk mengatasi sihir. Antaranya ialah :

  1. Menjaga amalan wajib
  2. Menjauhi amalan kebatinan dan yang berunsurkan syirik dan khurafat
  3. Sentiasa berlindung dan bertawakkal dengan Allah
  4. Memperbanyakkan amalan sunat dan membaca al-Quran
  5. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
  6. Penggubalan undang-undang
  7. Penubuhan institusi atau badan perubatan sihir



“Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.”

No comments :

Post a Comment