Tuesday, 21 May 2013

KESIMPULAN



              Sebagai kesimpulan, bahawa sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahawa tukang sihir akan melakukan berbagai kesyirikan dengan imbalan pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya. Sihir adalah satu perbuatan yang dimurkai Allah SWT. 
Dalam hadis an-Nasai pula disebut (mafhumnya), "Sesiapa yang simpulkan benang dan dijampi menterakan untuk sesuatu tujuan jahat, maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir. Dan sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah S.W.T. Isu penggunaan sihir dalam rumahtangga memang berlaku dan pernah dibangkitkan dalam beberapa kes di Mahkamah Syariah. Para ulama Islam juga sepakat mengatakan bahawa perceraian yang didalangi ilmu sihir tidak sah di sisi syara'. 

             
              Justeru, isu ini perlu diteliti dan diperincikan agar menjadi panduan untuk para hakim dalam menghakimi kes-kes perceraian yang melibatkan sihir. Dibimbangi sekiranya hakim tidak memahami selok belok isu ini akan tersalah hukum. Secara tidak langsung, misi iblis dan syaitan untuk mencerai beraikan anak Adam dapat direalisasikan melalui institusi kehakiman Islam. Penelitian terhadap isu ini bukan sahaja dapat memberikan keadilan kepada pasangan suami dan isteri, malah dapat mengembalikan kerukunan dan keharmonian rumahtangga mereka.

    
             Langkah-langkah yang dicadangkan juga merupakan salah satu langkah bagi membela nasib pasangan yang teraniaya akibat diceraikan angkara penggunaan sihir

No comments :

Post a Comment