Tuesday, 21 May 2013

TANDA TANDA TERKENA SIHIR PENGHALANG PERKAHWINAN

  • Cara terjadi sihir ini biasanya dilakukan oleh orang-orang yang bersifat dengki yang datang kepada tukang sihir lalu meminta darinya supaya mengerjakan sihir untuk anak perempuan seseorang supaya tidak jadi nikah.
  •  Kepala sentiasa pening dan tidak mahu berhenti walaupun telah diberi ubat oleh doktor.
  • Merasa sesak nafas didada terutamanya setelah waktu asar hingga tengah malam.
  • Melihat orang yang meminangnya bermuka buruk.
  • Terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan. 
  • Selalu gelisah didalam tidurnya.
  • Kadangkala merasakan sakit didalam perut  Merasa sakit ditulang punggung bahagian bawah. 
  • Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badannya. 
  • Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
  •  Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan. 
  • Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka sangat  sayang menyayangi.  
 
 

No comments :

Post a Comment