Monday, 29 April 2013

PUNCA - PUNCA SIHIR

Punca - Punca Sihir

         1) SIHIR DIRI SENDIRI

Sihir ini terjadi apabila diri kita sendiri mendedahkan kepada orang lain supaya boleh menyebabkan kita disihirkan.

Contohnya :
            Kita tidak menjaga lidah (berkata-kata) menyebabkan orang berdendam kepada kita, lantas dengan mengambil jalan yang singkat maka kita disihirkan. Begitu juga dengan perbuatan dan sebagainya yang menjerumuskan kepada makluk lain menyihirkan kita disebabkan kesilapan kita sendiri.
 
            2)SIHIR DARI MANUSIA

Sihir dari manusia pula terjadi apabila manusia lain menyihirkan kita. 

3)SIHIR DARI JIN 

Sihir dari jin pula terjadi apabila kita disihirkan oleh jin sendiri tanpa perantaraan manusia.
 Sebab terjadinya sihir ini adalah contohnya; apabila kita berjalan di tengah-tengah
 padang, kita terlihat seketul batu, dengan niat baik untuk kita ubah batu tersebut kita
pungut dan lontarkan (katalah kita lontarkan ke arah hutan) untuk mengelakkan orang lain
 tersepak. Tetapi batu tersebut mengenai anak jin dan patah kakinya. 
Disebabkan marahnya bapak jin maka disihirnya kita.


4)Dan di antara punca lainnya adalah:

  •           Perasaan dendam seseorang terhadap orang lain.
  •           Iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang.
  •           Ada perasaan benci terhadap seseorang.

Sunday, 28 April 2013

DEFINISI SIHIR


DEFINISI SIHIR
Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia
olongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.

  •  Al-Laits mengatakan:
Sihir adalah suatu perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuannya. Al-Azhari mengemukakan, Dasar pokok sihir adalah memalingkan sesuatu dari hakikat yang sebenarnya kepada yang lainnya

  • Ibnu Manzur berkata :
 Seakan-akan tukang sihir memperlihatkan kebathilan dalam wujud kebenaran dan menggambarkan sesuatu tidak seperti hakikat yang sebenarnya. Dengan demikian, dia telah menyihir sesuatu dari hakikat yang sebenarnya atau memalingkannya

SIHIR DALAM ISTILAH SYARI'AT
  • Fakhruddin ar-Razi mengemukakan:


 Menurut istilah Syari'at, sihir hanya khusus berkenaan dengan segala sesuatu yang sebabnya tidak terlihat dan digambarkan tidak seperti hakikat yang sebenarnya, serta berlangsung melalui tipu daya

 

  • Ibnul Qayyim mengungkapkan:


Sihir adalah gabungan dari berbagai pengaruh ruh-ruh jahat, serta interaksi berbagai kekuatan alam dengannya

CONTOH
  • Menggunakan jin atau syaitan melalui santau atau guna-guna
  • Mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan. 
  • Pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus