Tuesday 21 May 2013

KESIMPULAN



              Sebagai kesimpulan, bahawa sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahawa tukang sihir akan melakukan berbagai kesyirikan dengan imbalan pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya. Sihir adalah satu perbuatan yang dimurkai Allah SWT. 
Dalam hadis an-Nasai pula disebut (mafhumnya), "Sesiapa yang simpulkan benang dan dijampi menterakan untuk sesuatu tujuan jahat, maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir. Dan sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah S.W.T. Isu penggunaan sihir dalam rumahtangga memang berlaku dan pernah dibangkitkan dalam beberapa kes di Mahkamah Syariah. Para ulama Islam juga sepakat mengatakan bahawa perceraian yang didalangi ilmu sihir tidak sah di sisi syara'. 

             
              Justeru, isu ini perlu diteliti dan diperincikan agar menjadi panduan untuk para hakim dalam menghakimi kes-kes perceraian yang melibatkan sihir. Dibimbangi sekiranya hakim tidak memahami selok belok isu ini akan tersalah hukum. Secara tidak langsung, misi iblis dan syaitan untuk mencerai beraikan anak Adam dapat direalisasikan melalui institusi kehakiman Islam. Penelitian terhadap isu ini bukan sahaja dapat memberikan keadilan kepada pasangan suami dan isteri, malah dapat mengembalikan kerukunan dan keharmonian rumahtangga mereka.

    
             Langkah-langkah yang dicadangkan juga merupakan salah satu langkah bagi membela nasib pasangan yang teraniaya akibat diceraikan angkara penggunaan sihir

TEMPAT RAWATAN


           Pusat rawatan islamrawatan secara islam yang menggunakan ayat suci al-quran menggunakan pakar. Contoh pusat rawatan; Darus Syifa
RUQYAH SYAR'IYYAH
        Sebuah  terapi berlandaskan syarak dengan cara pembacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari Rasullullah SAW melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya,yang dilakukan oleh seorang Muslim baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin,kerasukan,pengaruh sihir,gangguan kejiwaan,berbagai-bagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan untuk perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu dari gangguan penyakit tersebut oleh ustaz atau seseorang yang mempunyai ilmu mendalam dalam menangani sihir.

TANDA TANDA TERKENA SIHIR PENGHALANG PERKAHWINAN

  • Cara terjadi sihir ini biasanya dilakukan oleh orang-orang yang bersifat dengki yang datang kepada tukang sihir lalu meminta darinya supaya mengerjakan sihir untuk anak perempuan seseorang supaya tidak jadi nikah.
  •  Kepala sentiasa pening dan tidak mahu berhenti walaupun telah diberi ubat oleh doktor.
  • Merasa sesak nafas didada terutamanya setelah waktu asar hingga tengah malam.
  • Melihat orang yang meminangnya bermuka buruk.
  • Terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan. 
  • Selalu gelisah didalam tidurnya.
  • Kadangkala merasakan sakit didalam perut  Merasa sakit ditulang punggung bahagian bawah. 
  • Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badannya. 
  • Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
  •  Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan. 
  • Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka sangat  sayang menyayangi.  
 
 

SOALAN-SOALAN BERDASAKAN DALIL DAN NAS


Soalan pertama
Apakah hukumnya menyatukan pasangan suami isteri dengan sihir?

Hukum nya haram dan tidak boleh. Ini dinamakan athaf (pengasih,pelet), dan untuk memisahkan (di antara dua orang) dinamakan sharf (pembenci, guna-guna) dan hukumnya juga haram, dan terkadang boleh menjadi kufur dan syirik.
Firman Allah :



Maksudnya :

“ Sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan : “ Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara (suami) dengan isterinya.Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah.Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat." (al-baqarah : 102)

Soalan kedua
Bolehkah wanita menyihir suaminya (pelet, pengasih) untuk mendapatkan cintanya kepadanya dan menggelengkan hubungan di antara keduanya?  Apakah ini termasuk yang disangka sebahagian orang sihir terpuji yang dibolehkan kerana terpaksa (darurat)?

Tidak disangsikan lagi bahawa perbuatannya melakukan sihir atshaf (pengasih) adalah haram dan boleh menyeret pelakunya kepada kufur, kerana penyihir adalah orang musyrik, di mana mendekatkan diri kepada syaitan dan jin-jin yang nakal dengan melakukan yang dimintanya. Sehingga jin itu boleh menguasai hati manusia, lalu memalingkannya dari sebahagian keluarganya dan menyatukan (mengasihkan) atas sebahagian mereka atau terhadap selain mereka. Dan atas dasar ini maka ia menjadi syirik dan kufur. Apabila hal itu terbukti maka wanita itu harus dibunuh apabila dia yang melakukan sihir, atau dia menunjukkan penyihir yang melakukannya hingga ia dibunuh. Maka sesungguhnya had (hukuman) penyihir adalah dipenggal lehernya.

Soalan ketiga
Apakah benar orang yang melakukan perbuatan haram, kemudian merperbanyak perbuatan ibadah bahawa perbuatan ibadah ini boleh menebus perbuatan haram tersebut? Apakah boleh menebus dosa yang dia lakukan terhadap orang lain?

Sedekah, puasa dan solat malam tidak boleh memberi manfaat kepadanya,kerana semua ibadah ini menjadi batal kerana perbuatan syirik berdasarkan firman Allah :




Maksudnya:

Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan (surah al-An’am : 88)

Sungguhpun firman Allah :







Maksudnya :

Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk (surah Hud : 114)


Yang dimaksudkan perbuatan-perbuatan buruk ini adalah dosa-dosa yang selain kufur dan syirik. Dan termasuk perbuatan kufur dan syirik adalah sihir athaf atau sharf maka sesungguhnya ia tidak terampuni berdasarkan firman Allah :



Maksudnya :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (surah an-Nisaa’:48)


Soalan keempat
Apakah seseorang boleh menyakiti orang lain dan terjerumus dalam perbuatan haram untuk menjamin masa depan anak-anaknya?

Sihir tidak ada yang terpuji serta dibolehkan, tetapi semuanya adalah kufur dan syirik berdasarkan firman Allah :


Maksudnya :
Hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir) (surah al-baqarah : 102)
Tidak dibolehkan bagi kaum muslimin menyakiti orang lain untuk memberikan jaminan masa depan anak-anaknya.


Soalan kelima
 Bolehkah dipercayai ada orang boleh membuat ilmu pengasih atau ilmu pembenci yang boleh didapati daripada pembuatnya dengan harga ribuan ringgit untuk tujuan pengasih atau pembenci. Bagaimanakah pandangan syarak dalam kes-kes seperti ini yang sering disebut berlaku dalam masyarakat kita?

-          Ilmu pengasih atau ilmu pembenci, ia merujuk kepada ilmu dan pengetahuan. Meskipun manusia diwajibkan mempelajari ilmu, namun ada ilmu yang dibenci dan ditegah oleh syarak khususnya ilmu yang boleh membawa kerugian yang nyata di dunia dan akhirat. Bagi limu pengasih atau ilmu pembenci, lebih cenderung untuk meletakkannya dalam kelompok ilmu sihir.
-          Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah SWT atau untuk memperbaiki diri, meningkatkan penampilan diri, menjaga tutur kata dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Itu memang dibenarkan kerana ia adalah usaha atas jati diri atau usaha ‘gentleman’ untuk menaikkan prestasi diri sehingga dikasihi.
-          Tetapi mengikhtiarkan sesuatu limu yang diketahui sebagai ilmu pengasih, inilah yang sebagaimana disebut dalam hadis yang disabdakan oleh Rasulullah saw. yang mahfumnya; 




“Sesungguh­nya jampi mentera yang meng­gunakan perkataan terlarang dan tangkal menangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik.” (Hadis sahih - Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya dan Imam Daud dalam sunannya)

-          Ibnu Mas’ud ketika menghurai makna perkataan ‘attiwalah’ me­ngatakan; “Ada sesetengah perempuan atau lelaki, mengguna­kan sejenis tangkal atau seumpamanya, dipakai pada dirinya dengan tujuan menambat atau menyebab­kan dirinya lebih dicintai oleh orang lain, maka perbuatan itu adalah sejenis sihir.” Ertinya, Ibnu Mas’ud meng­anggap ilmu pengasih dengan ikhtiar yang sedemikian tadi sebagai ‘at-tiwalah’, sebagai perbuatan syirik.
-          Dalam kitab Ibnu Mas’ud di halaman 32, juga ada menyebut yang bermaksud Hukum-hukum jampi mentera dan tangkal-tangkal seperti benang-benang dan simpulan padanya yang dibawa jampi khusus untuk dipakai oleh perempuan atau lelaki dengan tujuan dia dicintai, yang disebut sebagai ilmu pengasih adalah termasuk dalam ‘at-tiwalah’.
-          Oleh itu ilmu pengasih yang digunakan daripada kaedah mengambilnya (mempelajarinya) dari seseorang untuk dipakai atau kadang-kadang diberi makan dan bahan sihir yang kotor amat ditegah oleh Islam untuk mengamalkannya.
-          Demikian juga orang yang menggunakan kaedah yang sama untuk memisahkan seseorang dengan seseorang yang lain apatah lagi memisahkan dua orang yang berkasih kerana Allah ataupun antara suami isteri yang rumah tangga mereka rukun damai, tidak dengan cara nyata, digunakan cara halus.
-          Ilmu pembenci ini jelas ditegah oleh Islam.

-          DALIL AL-QURAN MENGENAI SIHIR PEMISAH



“Mereka (membelakanggkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudharat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka.Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”.

Soalan keenam
Sihir yang mengakibatkan cerai-berai paling utama.

“Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengetahui.” (Al-Baqarah: 102)

-          Daripada nas di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa antara banyak ilmu sihir seperti santau, pukau, minyak pengasih, minyak dagu, dan minyak senyonyong, maka ilmu sihir yang melibatkan kes cerai-berai antara suami isteri itulah yang paling utama dan dahsyat sekali.
-          Kita tak tahu kenapakah ilmu sihir yang melibatkan cerai-berai antara suami isteri ini amat dahsyat. Tapi, kalau tidak hebat penangannya, maka Allah s.w.t tidak merakamkan kegunaan ilmu sihir guna merosakkan pernikahan itu dalam al-Quran sebagai yang disebutkan dalam nas di atas.
-          Tuhan tidaklah mnerakam ilmu-ilmu pengasih yang membuat seseorang dara jatuh cinta kepada seseorang jejaka, ilmu pukau sehingga menyebabkan seseorang itu terkhayal tidak sedarkan diri sebagai sihir yang utama, sebaliknya ilmu sihir untuk pecahbelahkan keluarga itulah yang telah dibangkitkan secara jelasnya di dalam kitab suci pegangan umat Islam itu.


Soalan ketujuh
Apakah hukuman kepada pengamal ilmu sihir?

-          Sepotong hadis menyebutkan: 
            “Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan.” Para sahabat bertanya: “Apa itu?” Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa tanpa alasan yang hak, makan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh orang-orang yang beriman yang menjaga diri dari lalai.” (Al-Bukhari dan Muslim)

-          Dalam riwayat at-Tarmizi, Jundub bin Ka’ab As-Sa’di, meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w,    bahawa dalam hukum Islam hukuman dari pengamal sihir adalah dipenggal dengan pedang.
-          Telah ada riwayat daripada kaum ulamak salaf yang menfatwakan supaya pengamal sihir itu dibunuh. Diriwayatkan Imam Al-Bukhari dalam sahihnya, daripada Bajalah bin ‘Abdah, berkata ‘Umar bin Al-Khattab: “…agar membunuh para tukang sihir.” Maka, kami membunuh tiga tukang sihir.
-          As-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab di dalam Kitab At-Tauhidnya berkata: “Telah sahih daripada Hafshah bahawa beliau memerintahkan agar membunuh budak yang menyihirnya.” Dan telah sahih pula daripada Jundub r.a.
-          As-Syeikh Abdul Rahman bin Hasan dalam Fathul Majid berkata: “Diriwayatkan pula yang menyatakan (tukang sihir harus dibunuh) daripada Umar, Usman, Ibnu Umar, Hafshah, Jundub bin Abdullah, Jundub bin Kaab, Qais bin Sa’d, dan Umar bin Abdul Aziz.”

IMPLIKASI SIHIR TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT

IMPLIKASI SIHIR TERHADAP INDIVIDU

  • Pengamal ilmu sihir
  • Pesakit
 Pengamal Ilmu Sihir
  • Semasa masih hidup
*Hidupnya sentiasa bermasalah

*Berniaga tidak menjadi, buatlah kerja apa pun tidak akan berjaya, seolah-olah  ada yang menghalang

*Banyak halangan dalam pekerjaan yang diceburi

*Sering sakit yang pelik-pelik yang tidak dapat di kesan oleh doktor seperti histeria, gila isim, panas baran, dapat anak yang cacat dan huduh rupanya, selalu tidak sedarkan diri, sakit kepala bila tiba waktu pagi, waktu matahari jatuh, keluarga selalu berkelahi, di ganggu mimpi ngeri dan sebagainya
       
       *Hilang anak dalam kandungan hasil tumpangan Jin semasa melakukan persetubuhan sebagainya
               
  •          Pada saat-saat kematian    
       *Mati sudah dua atau tiga hari tetapi masih kelihatan hidup dan sangat kuat makan, bila sudah mati mayat itu telah berbau busuk dan reput
             
       *Mayat ditumbuhi bulu yang banyak
       
       *Mayat dibawa lari oleh puak-puak jin
       
       *Mata dan mulut mayat kelihatan terbeliak dan ternganga serta kelihatan ngeri
        
       *Selepas kematiannya kadang kala didapati diri si mati itu ( sebenarnya Jin peliharaannya ) balik semula kerumah dan ada yang tidur serta bersetubuh dengan isterinya. ( pada sangkaan si isteri,bahawa suaminya itu hidup semula atau bekas suaminya itu keramat atau wali).
            
       Pesakit
       
  •       Merosakkan akidah 
  •       Membatalkan iman 
  •       Maruah diri tercemar

             IMPLIKASI SIHIR TERHADAP KELUARGA

  •        Dipulau dan disisihkan masyaarakat
  •        Institusi perkahwinan runtuh 
  •        Menimbulkan fitnah 

IMPLIKASI SIHIR TERHADAP MASYARAKAT
  •        Masyarakat mundur 
  •        Masyarakat berpecah-belah 
  •        Masyarakat hidup tidak aman dan tenteram